AMALAN DAN PETUA UNTUK MUDAH BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!

Saya doakan semoga semua pengunjung blog Cikgu Fatin di limpahkan rahmat dan dimurahkan rezeki, Aaamin!

Entry kali ni, saya ingin berkongsi mengenai amalan dan petua yang saya amalkan untuk membantu  memudahkan proses bersalin dengan izin Allah.

Buat pengetahuan semua, saya baru lahirkan baby yang keempat pada 23 Januari yang lalu (sekarang dalam tempoh berpantang 23 hari).

Baby boy yang ke 4 

Pengalaman bersalin secara normal 3 kali dipermudahkan olehNya asbab amalan dan petua ini, membuatkan saya ingin berkongsi amalan tersebut. Semoga ianya menjadi sedikit ilmu yang bermanfaat terutama kepada ibu-ibu yang tengah mengandung 

Amalan ini diajar oleh seorang ustaz iaitu Ustaz Burhan. Untuk pengetahuan semua, Sejak mengandungkan anak kedua, saya akan berjumpa dengan Ustaz Burhan untuk menyediakan air dan minyak selusuh serta kurma apabila kandungan masuk 28 minggu. Setiap kali jumpa, Ustaz Burhan akan setiasa ingatkan amalan yang boleh diamalkan untuk mohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan bersalin.


Image result for ustaz burhan
Ustaz Burhan ( gambar dari sumber google)

Amalan yang di ajar adalah seperti berikut :-

1. Sediakan satu cawan air kosong, baca surah At-Tariq dari ayat 1 hingga ayat ke 7. Kemudian hembus ke dalam cawan. Minum air tersebut dan tinggalkan sedikit untuk sapu di ubun-ubun kepala serta rentap hujung rambut.
Surah At-Tariq (ayat 1 -7)


2. Sebelum tido, baca surah Al-fatihah ayat 1 -5 sambil usap kandungan dengan dari atas ke bawah (separa bulatan) mengikut arah jam. Selepas ayat ke 5, berdoa supaya kandungan selamat, dipermudahkan untuk bersalin. Kemudian, sambung ayat ke 6 hingga habis sambil usap kandungan (separa bulatan)  mengikut lawan arah jam.

Surah Al-Fatihah
Amalan ini adalah sebahagian usaha kita, selebihnya bertawakal. Amalan yang mudah serta tidak bercanggah dengan agama Islam. 


Selain itu, ustaz juga akan sediakan minyak dan air selusuh serta buah kurma ( barang ini bawa sendiri, ustaz hanya bacakan doa sahaj). Ketiga-tiga barang ini perlu di bawa dan makan serta minum di hospital. 

Saya hanya akan minum air dan minyak serta makan buah kurma ini setelah doktor menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan yang saya akan bersalin. Jangan makan serta minum terlalu awal.


Dalam labour room, suami akan suapkan minyak, air serta kurma ni setiap 15 min. Sambil layan contraction, nganga ja mulut. Insya Allah, kurma sangat bagus untuk memberikan tenaga.

mudah bersalin
Kurma, Minyak Kelapa dan Air Selusuh
Alhamdulillah, berkatmya juga dipermudahkan urusan bersalin.

Namun, yang paling penting ialah fikiran yang positif. Yakin bahawa Allah permudahkan kerana Allah itu sifatnya MAHA BERKUASA. 


Semasa di dalam labour room, selain dari usaha yang kita dah buat jangan lupa zikir yang mudah ini. Jangan berhenti memohon kepadaNya. Tenangkan fikiran dan fikirkan yang baik-baik. 

Doa Nabi Yunus
Sekian perkongsian ringkas dari Cikgu Fatin. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat diamalkan dan menjadi asbab urusan bersalin sahabat semua dipermudahkan dengan izinNya. Aaaamin!



0 comments:

Catat Ulasan