Alhamdulillah.. Hamil untuk kali ke 4 tanpa perancangan!

Assalammualaikum dan Salam Sejahhtera.

Saya doakan semua pengunjung blog Cikgu Fatin dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmatiNya.

Entry kali ini, Fatin nak share tentang pengalaman apabila disahkan mengandung untuk kali ke empat. Insya Allah..

Untuk pengetahuan semua, Fatin sudah mempunyai 3 orang anak dan kesemuanya lelaki. Anak yang ketiga baru berumur 7 bulan ketika fatin disahkan hamil. Jarak antara anak pertama dengan yang kedua dan anak kedua dengan ketiga memang CUN! ngam-ngam  2 tahun. Kiranya masa baby lahir, si abang dah berusia hampir 3 tahun (2 tahun 9 bulan). Bagaimana Fatin merancang? Kita story dalam entry yang lain ya. Insya Allah.. Fatin akan share terutama kepada ibu-ibu muda diluar sana.

Anak ke 3 - Jauzi Faqih
Tetapi untuk anak yang ke empat kali ni, tercepat la pula. Dan Fatin memang mengaku selepas melahirkan Faqih (anak ke3), saya memang tidak merancang. Just go with the flow. Tapi itu bukan fokus utama entry kali ini. Entry kali ini, Fatin nak share apa yang perlu kita buat jika disahkan hamil tanpa perancangan.

Pengesahan kehamilan!

Fatin yakin ramai dikalangan wanita memang sudah mengetahui cara untuk  mengesan kehamilan. Apabila period yang selalunya regular tetapi tidak muncul pada waktu sepatutnya, kita boleh mencuba sendiri ujian kehamilan. Cara yang paling mudah ialah melalui home pregnancy test - HPT (ujian air kencing). Alat tersebut boleh dibeli difarmasi pada harga lebih kurang RM10. Waktu terbaik untuk menguji ialah pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.

ujian HPT
2 line yang jelas kelihatan menandakan positif hamil

Perlu ke buat ujian kehamilan sendiri?

Fatin menjawab PERLU. Kenapa? Supaya kita mengetahui bahawa diri kita sedang hamil atau tidak. Jika ujian yang dijalankan positf, bermaksud kita hamil. Kita perlu mengambil asid folik dengan segera. Disebabkan kehamilan ini adalah tanpa dirancang, bermaksud kita belum makan aid folik sebelum hamil, maka pengambilan asid folik di awal kehamilan adalah sangat penting. 

"Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bai tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesar. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu"

https://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan#ixzz4p3CTzteF


Inilah sebab utama, mengapa ibu-ibu perlu tahu sama ada mereka hamil atau tidak. Apabila Fatin disahkan mengandung, perkara pertama ialah terus membeli asid folik. Asid folik yang terbaik semestinya dalam B Complex Shaklee. 


B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik 
Keistimewaan B Complex Shaklee

Sistem Penyerarapan Bioaktif Berpaten

Asid folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee

B Complex Shaklee juga penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Ianya lengkap dengan kesemua lapan vitamin B untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B

8 jenis vitamin B dalam B Complex Shaklee

  • Vitamin B12
  • Folat
  • Vitamin B6
  • Biotin
  • Asid Pantotenik
  • Niasin
  • Tiamin
  • Riboflavin

UNTUK KONSULTANSI DAN SET LENGKAP HAMIL, BOLEH HUBUNGI FATIN


Fatin Nadzirah 
019-4756156



0 comments:

Catat Ulasan