Spotting pada minggu ke 22

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!

Apa khabar semua pembaca Blog Cikgu Fatin. Saya doakan semuanya dalam keadaan sihat sentiasa.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 24 kita berpuasa di bulan Ramadhan 1437H. Sekejap ja masa berlalu. Allahuakabar.. Rasanya banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki sempena Ramadhan kali ni.

Spotting pada minggu ke 22?? 




Entri kali ni saya nak berkongsi tentang pengalaman saya yang mengalami spotting atau bledding 'ringan' pada minggu lepas (22 minggu). Spotting ataupun bleeding ringan semasa hamil adalah tanda ataupun satu gejala yang tidak boleh dipandang remeh. Sebab ianya bermula kepada risiko yang lebih bahaya seperti keguguran, Nauzubillah.. Minta dijauhkan. 

Apa itu Spotting?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza dari merah ke coklat. (sumber dari babycentre)


(gambar dari sumber google)

Bagaimana boleh terjadi spotting?

Berdasarkan pengalaman saya, saya mengalami spotting disebabkan oleh terlalu aktif dan mengangkat beban yang berat. Alhamdulillah, sepanjang 22 minggu hamil, saya tidak pernah langsung mengalami spotting. Tetapi saya memang berjaga-jaga sebab doktor ada memberitahu bahawa uri saya masih berada di belah bawah. Saya tidak dibenarkan mengangkat beban yang berat dan disarankan oleh doktor agar tidak 'bersama' untuk seketika. 

Pada hari Rabu malam, saya telah mengangkat Aqil anak saya yang kedua kerana dia dah tidur, Saya tiada pilihan disebabkan tiada siapa dirumah untuk mengangkat anak saya dari rumah mak saya ke dalam kereta seterusnya membawanya masuk dari kereta ke dalam rumah saya. Kesan daripada mengangkat Aqil, saya sudah mulai nampak ada lendir merah semasa membuang air kecil. Namun, saya tak la terlalu risau. Ianya terlalu sedikit. Pada pagi Khamis, saya mendapat terdapat titik kecil spotting pada panty liner dan hampir pukul 11 pagi, ada tompokan spotting yang lebih banyak.

Hal ini membuatkan saya risau dan menghubungi suami. Memandangkan hari ini adalah hari kerja, suami pula tidak free untuk minta balik awak, saya hanya pergi mendapatkan pemeriksaan doktor di klinik yang berhampiran sahaja, Klinik Jammy. Selepas menceritakan apa yang terjadi, doktor memeriksa tekanan darah dan scan baby. Alhamdulillah, semuanya ok. Denyut jantung normal, saiz pun normal dan keadaan uri sahaja sedikit bawah. Namun, doktor bagitau tak la perlu terlalu risau. Insya Allah, uri tak terlalu bawah dan akan naik semula. Doktor tidak memberikan sebarang ubat cuma MC untuk berehat. 



Nasihat saya kepada semua ibu hamil, sila pastikan kesihatan diri anda dalam keadaan baik. Sentiasa alert  tentang perubahan pada diri kita. Jangan terlalu memandang remeh dan tunggu hingga berasa sakit dahulu baru nak jumpa doktor. Kita tak tahu apa yang berlaku di dalam sana.

Selain rehat, ibu-ibu perlu mendapatkan nutrien yang lengkap untuk keperluan ibu dan anak. Anak yang sihat lahir dari ibu yang yang sihat. Ingin dapatkan keperluan nutrien lengkap ibu hamil boleh hubungi saya.



Set Nutrien Lengkap untuk Ibu Hamil

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Fatin untuk:-

 FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
FATIN NADZIRAH
Shaklee ID : 1107682
019-4756156 (Call, SMS, WhatsApp)


0 comments:

Catat Ulasan